Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi
membantu pekebun kecil meningkatkan penghasilan dan pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah.
Program Agromakanan RISDA (PAM) ini adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Dasar Sekuriti
Makanan Negara 2021-2025.
Dalam usaha menambahbaik pelaksanaan program ini, dua siri bengkel telah diadakan bagi merancang dan menetapkan pelan
tindakan serta garis panduan baru pelaksanaan Program Pembangunan Agromakanan RISDA yang lebih berkesan bagi
memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil melalui dua bidang utama iaitu Tanaman Jangka Pendek dan Ternakan seperti
berikut :
Bengkel Task Force Pelaksanaan Projek Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan (21-21 Julai 2022)
Bengkel Semakan Dasar Pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu Agromakanan RISDA RMKe-12 (26-28 Oktober 2022)
INFO AGRO@TS
Program ini diwujudkan khusus kepada Pekebun Kecil yang sedang menyertai program tanam semula pada tahun semasa atau berturut untuk sara diri atau menjana pendapatan sampingan.
Program ini menyediakan kemudahan input dan alatan bagi membantu Pekebun Kecil menjalankan aktiviti pertanian (tanaman) secara On-Farm dalam kebun tanaman semula atau Off-Farm di luar kebun tanaman semula
KADAR AGROMAKANAN
KAEDAH PELAKSANAAN
Pekebun Kecil Individu RM 20,000.00
Pekebun Kecil Berkelompok (3-5 orang) RM 60,000 - RM 100,000
Tanaman herba (contoh : serai, pegaga, kunyit, halia)
Tanaman kontan (contoh : nenas, pisang, betik, tembikai, tebu)
SYARAT AGROMAKANAN
Warganegara Malaysia
Pekebun Kecil Getah / Ahli Isi Rumah
Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18-60 tahun yang berminat menjalankan aktiviti agromakanan
Berdaftar dengan RISDA (e-Spek). Sekiranya belum didaftarkan, pemohon perlu didaftarkan di Pusat Tanggungjawab.
Keutamaan kepada pekebun kecil yang masih dalam bantuan Tanam Semula Getah
Mempunyai hak milik tanah atau surat kebenaran mengguna atau sewa tanah dengan tempoh minimum 2 tahun bergantung kepada jenis projek atau sekurang-kurangnya sehingga mencapai titik pulang modal (break even point
Berkemampuan menjalankan projek secara separuh atau sepenuh masa dan berupaya meningkatkan sasaran pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan
SYARAT AGRO@TS
Warganegara Malaysia
Pekebun Kecil Getah / Ahli Isi Rumah
Berdaftar dengan RISDA (e-Spek). Sekiranya belum didaftarkan, pemohon perlu didaftarkan di Pusat Tanggungjawab.
Pemohon mestilah seorang peserta tanam semula dalam bantuan berturut sehingga ansuran-3 atau peserta program RPK/RKPK tahun semasa.
Mempunyai minat dan berkemampuan menjalankan projek secara separuh atau sepenuh masa.
Pemohon bersedia membiayai kos projek selain daripada bantuan RISDA.
Bersedia menghadiri Krusus Agromakanan yang dianjurkan oleh RISDA.
Pemohon tidak pernah menerima bantuan Program Agromakanan dalam tempoh dua tahun semasa permohonan dibuat.
BORANG PERMOHONAN PROGRAM AGROMAKANAN (BORANG AGROMAKANAN)
BORANG PERMOHONAN PROGRAM AGROMAKANAN (BORANG AGRO@TS)